-->

Friday, June 4, 2010

BLOG.MY

Assalamualaikum!

HUHU. BuzzFoll sihat tak? HAHA XD Guys! Nama untuk follower blog nie, BuzzFoll. Tahu tak pasal http://blog.my/ ? Amai pun baru je tahu, and sekarang Amai nak lah jugak sign up for this blog. Tapi disebabkan menyusahkan betul untuk sign up, Amai batalkan terus hajat. HAHA XD Bukannya apa. Malas nak join blog yang macam nie. Sebab daripada sumber yang boleh dipercayai, BLOG.MY nie baru je lagi, kan? So, nanti dah lama, baru lah join.

Huargh! Exam for Maths memang jahanam betul! Kertas 2 Amai boleh lah jugak nak jawab. Tapi bila kena kertas 1, hampeh! Baru 15 soalan agaknya dah jawab, tengok-tengok je, dah habis waktu. Terpaksa hentam soalan yang belum jawab lagi tu. Redha jelah. Boleh buat apa lagi, dah tak boleh nak jawab, nak buat macam mana. Tapi yang best nya, masa jawab Geografi tu, aman je buat sebab pelajar 3 Gaharu dah ulangkaji. Lagi pun, banyak soalan bocor. Bocor tu maksudnya, PPD ambil soalan-soalan from PMR tahun-tahun lepas. Dapat lah jugak jawab.

Kessokan harinya, tengok-tengok je dekat papan kenyataan kelas, result Geografi dah keluar! HAHA XD Cepat betul Puan Vijaya tanda kertas Geografi tu. Dia ajar 5 kelas, and lima-lima kelas dah siap tanda. Alhamdulillah, aku dapat 75%. Bersyukur lorh. Nanti PMR buat betul-betul nie. Jangan macam PPT, ulangkaji pun ala kadar. Cuti nie insya-ALLAH, Amai akan ulangkaji for PMR nanti. And for trial gak.

Cakap pasal cuti nie, HSBP buat Kelas Tambahan/Harmoni. Pelajar Form 3,5 and 6 kena pergi. Kalau tidak, tindakan akan diambil. Cewah! HAHA XD Tapi kan, bagus apa buat KELAS TAMBAHAN nie sebab tak adalah nanti, dekat rumah, tengok TV, online Facebook, and yang sewaktu dengannya. Yelah, kalau tak, mesti BuzzFoll semua tak belajar punya sebab fikir cuti nie for rehat. Salah! Cewah! Cakap orang je lebih, Amai pun sama gak. And ramai harap-harap nanti, dapat result tak memedihkan hati Amai r ye minggu depan. Huargh! Takut sial.

Tadi Science soalannya senang je der! Tapi disebabkan Amai tak baca, balasannya, tak boleh nak jawab soalan-soalan tu. Tu r, malam semalam kerja online je. Buat revision 15 minit je, lepas tu dah boring. Tapi ada lah jugak yang dapat jawab. Amai rasa, soalan Science lagi senang daripada soalan Maths. Maths banyak betul jalan kerja yang complicate, sampai tak tahu lah nak kira. Agaknya Amai dapat Maths C, or maybe D! OMG! Aqmar, think positive. OK3. Harap-harap dapat B lorh, walaupun cukup-cukup makan.

BuzzFoll, semalam kan, Amai naik bas, ada drama sebabak r nie. Wataknya, seorang penumpang tua dalam lingkungan 40-an and seorang pelajar berumur 16 or 17. Amai tak tahulah apa puncanya. Tapi penumpang tua tu, tiba-tiba marah pelajar tu. Amai pun tak tahu apa puncanya, Amai buat dunno lah. Takkan nak masuk campur pulak. Dialog penumpang tua tu, lebih sesuai panggil Pakcik.

Pakcik: Orang dah penat, nak rehat, dia buat bising. Orang sauk kang. Aku nie dah r penat. Kau tu budak-budak lagi. Jangan kurang ajar dengan orang tua. Nak beritahu konduktor bas pulak.
Konduktor bas: Dah lah, anggap jelah budak nie, bdak-budak lagi.

And sebenarnya banyak lagi dialog nya, tapi Amai tak ingat. Malas nak layan orang macam tu. Gaduh dalam bas. Naik bosan Amai dalam bas tu. Nasib baik bas air-cond, kalau bas tingkap je, hampeh! Bertambah panas hati nie. HAHA XD Nak emo pulak. DahDahDah. Forget it. Dah lepas tu, ramai lah jugak yang turun. Dapat lah jugak duduk sorang-sorang. Pergaduhan Pakcik tu, Amai duduk sebelah mamat Bangla or India or whatever lah, selekeh. Nak sedut hingus tu sopan sikit boleh tak?! Selekeh r. Amai dah terpaksa menjauhkan diri. Yelah, Amai nak duduk mana lagi sebab masa tu memang dah penuh. And bila ramai yang dah turun bas, baru Amai pindah. HAHA XD Selamat! Turun dekat Tongkang Pechah, jalan kaki menuju puncak! HAHA XD Menuju ke rumah. Penat! Tidur terus dah sampai rumah!

And ibu kejut pulak. Ibu cakap, aunty nak datang! Huh?! Biar betul Amai dengar nie kan. And memang betul, aunty datang. HUHU :O Bila aunty datang, memang kecoh lah rumah. And Aunty Lin nak online Facebook dia, so, join jelah sekali. And buat pertama kalinya, tempat Amai dapat line 3G! Woo hoo! Laju tu tak payah lah cakap, memang laju lah. And Amai tengok music video Can't Be tamed from Miley Cyrus. Yes! She's sexy. And dah tak layak lagi jadi ikon kanak-kanak. Boleh katakan, Miley nie dah jadi Britney Spears r. Tapi hak masing-masing, apa boleh buat. Biarlah dia nak jadi apa-apa pun, asalkan hidup dia bahagia. Lagi pun dia tu bukannya Islam, so, memang perangai mereka dah macam tu, apa boleh buat.

OK lorh, nak makan lah. Kerja meng-update nie pun dah kira ok, kan?! Nie dah cukup panjang untuk cerita dengan BuzzFoll. Sorry guys! Ruangan sembang dah tak wujud lagi disebabkan tiada sambutan. And thanks pada sesiapa yang sudi baca blog Amai nie. Blog Amai nie pun dah macam tak wujud lagi, dah kan?! Sedih pun ada gak, tapi disebabkan blog tak ada makna apa-apa pun bag korang, so, lantak lah! HAHA XD Bye and Assalamualaikum.

p/s: Harap-harap malam nie ayah bawa main bowling. HAHA XD Bukannya apa, just nak pergi Popular and mahu cari novel Budak Setan written by Ahadiat Akasyah. Harap-haraplah. AMIN...




No comments: