-->

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Bertunang, Pak Long!

Selamat bertunang! Bertunang sudah Pak Longku ini. OkeyOkey. Sebelum tu, Amai ceritakan hari Ahad lepas di mana hari Pak Long bertunang. Banyak benda yang berlaku. Haish! Amai start cerita Ahad pagi sampai ke malamnya, okey?

Okey, pagi tu, Amai and Shahnaz (sepupu) nak pergilah rumah Jorak Elahi. And then, ada majlis perkahwinan berdekatan dengan rumah Amai. Amai bukannya apa, Amai cuma tak puas hatilah dengan orang yang buat majlis tu. Okey, macam nie. Amai dengar-dengar, jiran sebelah-menyebelah langsung tak dijemput. Apatah lagi nak jemput penduduk satu taman, kan? Amai tengok, kanopi sampai 4 buah. Sampai guna kawasan rumah jiran lagi. Tapi tak dijemput langsung. Amai pun tak tahulah. Amai dengar penduduk yang duduk sebelah rumah orang yang buat majlis kahwin tu, tak dijemput langsung.

Bukannya apa. Kitakan masyarakat. Jemputlah orang sebelah kalau tak nak jemput satu taman. Tapi kalau orang sebelah pun tak dijemput, tak tahulah. Biarkan je. Okey, Amai sambung pasal pertunangan Pak Long pulak. Amai pergi kampung ayah, rumah ayahlah senang kata, dengan Uncle An and Aunty Zah. Ayah bukan nak hantar pun pergi rumah sana. Entah apa dalam kepala tak nak hantar kita orang. Uncle An hantar kita orang dulu ke rumah ayah, sebab diorang nak pergi beli buah-buahan untuk buat hantaran.

Dah sampai sana, tak adalah bosan sangat. Just dengar lagu at handphone, and then berbual blahblahblah, huh! Bosan sudah datang! HAHA XD Lupa pulak nak bawa novel Tombiruo. Best layan novel nie. Baca sekali, susah nak berhenti. Sebab banyak suspens dalam novel nie. Okey, sambung. Umi (Aunty Dah) suruh sapu minyak masak dekat daun sireh. Untuk nampak berkilat. Nanti lawa bila digubah. Memang lawa sebab berkilat.

Dah siap tu, suruh Adawiyah joget Bad Romance. HAHA XD Comel. Nak tengok? Amai ada masukkan dalam YouTube. Urmm, tengoklah Adawiyah joget.



Comel tak?! Huhu :D Amai memang suka upload video Adawiyah yang comel nie dalam YouTube. Ada jugak yang tengok. Tapi tak ramailah. Video dia yang joget lagu Happy tu, 96 views setakat nie. Lepas tu, apa eyk?! HAHA XD Lupalah. Banyak sangat perkara yang berlaku. Haa! Lepas tu, Ucu (Busu) ajak pergi cuci kereta dekat Tongkang Pechah. HAHA XD Semua jakunlah sebab tempatnya cuci macam dekat luar negara tulah. Yang ada benda pusing-pusing tu. Susah nak terangkan. Tak tahu apa nama benda tu. Amai rakam, tapi malaslah nak upload dalam blog. Lambat!

Lepas tu, balik, Amai kebosanan! Amai pun lupa apa Amai buat lepas tu. HAHA XD Okey lah, Amai cerita waktu petang pulak. Waktu petang tu, gubahan hantaran dah siap! Lawa! Nanti Amai upload pada entry yang lain, yaw?! Warna merun. Lepas tu, aunty-aunty suruh mandi. Okeylah, mandi. Dah siap mandi, sembahyang terus. Sembahyang Maghrib. Mandi masa tu dalam pukul 7 petang. And then, nenek-nenek sedara and atuk-atuk sedara datang. Bila tengokkan muka Tok Su, serupa macam arwah Tok Bak. Betul serupa. Mata Tok Su tu macam ada garang sikit macam mata arwah Tok Bak. And then misai Tok Su tu tebal, pun macam misai arwah Tok Bak. Muka arwah Tok Bak semua 'pergi' pada Tok Su. Ibu and Aunty Zah pun perasan gak. Aunty-aunty lain pun mesti perasan jugak :)

Lepas Isyak tu, Pakcik Khairi pun datang. Dah semua berkumpul, pergi rumah bakal Mak Long. Yalah, pihak lelakilah yang kena pergi rumah pihak perempuan, kan?! Rumahnya dekat taman Amai je, Bandar Putera Indah (BPI). Nama je bandar, tapi sebenarnya taman terpencil. HAHA XD Kalau nama BPI nie ditukar menjadi Taman Terpencil, tak ada sesiapa nak duduk. Nampak sangat menyeramkan. Sambung balik cerita. Rumah Mak Long dekat 12/... . Tak tahulah jalan apa. Tapi satu taman. Sampai sana, Amai pun tak faham apa yang bebel-bebel dalam tu. Amai syok berbual and ketawa-ketawa dengan Shahnaz! Tak patut. Sengal jugak kita orang nie.

HAHA XD Masa yang dinanti-nantikan, MAKAN! Bila Amai tengok je mee goreng, adoyai! Naik bosan tengok mee je. Dah lah dekat sekolah makan mee je. Tapi yang Amai suka, makan kek lapis. Manis gila! Sedap :D Amai syok je makan kek lapis tu. Bukannya orang lain makan pun. Dah tu, hantaran daripada pihak perempuan pulak. Warna biru and tak berapa kreatif. HAHA XD Aqmar, tak baik mengutuk hasil tangan orang :D Astaghfirullah :D Tapi bila Amai tengok, hantaran pihak lelaki lagi lawalah. And then Amai tumpang Aunty Zah balik. Ibu tumpang ayah naik motor. Haish! Mentang-mentang satu taman je.

Lepas tu, Aunty Zah lupa pulak nak ambik beg tangan. Tapi bila patah balik rumah Mak Long, tak ada. Mak Long cakap, Mak Long akan cari. Kalau jumpa, Mak Long bagilah. Aunty Zah and Uncle An meneruskan perjalanan ke rumah Amai. Dah sampai, ceritalah dengan ibu, beg Aunty Zah tertinggal. Tapi tak ada dekat rumahnya. And then ibu cakaplah, begnya pada Anur (adik Shahnaz). Ibu telefon Aunty Zah, and selesai satu problem!

Hari Ahad yang boleh katakan HAPPY! What?! Tuesday sudah! OMG! Homework belum siap lagi. And kepada Amirul Asyraf, macam mana dengan STAR MAGAZINE nie?! Naik cuti nie dah nak kena hantar. Ades! Amai dahlah tak ada kredit nak mesej. Nampaknya kena topuplah. Melayang duit! HAAH XD Okey, sampai sini je nak cerita. Bye and Assalamualaikum :)

No comments: