-->

Thursday, June 17, 2010

Karate Kid


HAHA XD Tak sangka pulak movie nie best. Amai bila dengar Shahnaz ajak tengok wayang semalam, dalam kepala Amai, mesti nak tengok Karate Kid. Adoyai! Mesti bosan kan? Amai fikir-fikirkan balik, ikut jelah. HUHU :O Shahnaz ajak semalam tengok movie nie macam nie.

Pagi-pagi dalam pukul 7, Shahnaz telefon. Ajak pergi tengok wayang. Okey! Dah tu, mintalah ayah duit belanja kan. Amai cakaplah, Shahnaz ajak tengok wayang. Ayah tanya pulak, ada duit tak?! Amai jawab balik, tak ada. Tak ada, tak payah pergilah. Haish! Dah baring dekat katil melayani fikiran. HAHA XD Lepas tu, apa lagi, onlne r kan! Tapi online pun asyik memikirkan nak pergi or tidak ke wayang tu. And then dalam pukul 9 lebih, Mama (Aunty Zi) send mesej, cakap tengok movie tu pukul 11 lebih. Adoyai! Tak ada kredit den nak me-reply nya :D Tapi Amai siap mandi-mandi dulu, and then Shahnaz telefon dalam pukul 11 lebih. Dia tanya nak tengok tak, Amai cakap tak ada duit. HAHA XD And then Uncle Di ambik.

Dah tu, pergi rumah Jorak Elahi, ambil Umi (Aunty Da). Umi ingatkan nak jalan-jalan Square One and Carrefour je. Tup tup, dah sampai MBO, Umi yang kena temankan Amai and sepupu-sepupu ku tengok wayang. HEHE :D Dah tengok. Uncle Di and Mama jalan-jalan Square One selama 2 JAM 15 MINIT! HAHA XD Bila Amai tengok Karate Kid nie, bestlah movie nie. Kelakar ada, sial, siot, ganas, macam-macam lagi r. Tapi yang penting, LAWAK! Bila Jackie Chan suruh Jaden Smith nie gantung jaket, attitude! HAHA XD Kalau nak tahu apa attitude tu, tengoklah sendiri. Tak nak cerita lebih-lebih. Nanti korang nak tengok tak best :D

Dah siap tengok tu, pergi sembahyang Zuhur sekejap, and then pergi makan dekat Restoran Asam Manis. Sedaplah jugak Nasi Ayam dekat sini. Dah siap makan, pergi Minyak Beku. HAHA XD Dah tak tahu nak pergi mana kan. Pembetulan, bukan Minyak Beku. Tapi pelabuhan je. Ingatkan nak masuk dekat tempat pelabuhan tu, tapi disebabkan ada pemeriksa kesihatan, tak jadilah. Kang dibuat mamat-mamat and minah-minah Indonesia menjangkiti penyakit H1N1, macam mana?! Siapa yang susah? Kitorang jugak yang susah.

Huh! Penat menaip. Sampai sini aje eyh? Okey, bye and assalamualaikum :) Suka soundtrack moive nie, Never Say Never - Justin Bieber feat. Jaden Smith!

p/s: Jaden Smith anak Will Smith eyh? HAHA XD

Post pada hari: Khamis

No comments: