-->

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadhan. Time flies. Siapalah kita sebagai manusia yang mahu mengawal masa? Yang mampu memberhentikan masa, then reverse, tak pun play forward. Tiada siapa yang mampu. Tapi nak diikutkan sekarang, masa memang betul-betul emas. Sepatutnya semua orang dah kena menghargai masa sebab sekarang ni, nak buat kerja pun dah susah disebabkan masa yang kita lalui terasa begitu singkat, ey?

Okay, esok hari Sabtu, 21 July 2012, bersamaan 1 Ramadhan 1433H. Semua orang dah mula berpuasa. Malah, ada yang dah fikir nak berbuka apa waktu esok. Ada jugak yang mengeluh sebab bulan Ramadhan dah masuk. Kenapa eh? Berpuasa tu membebankan kita ke? Dan bebanan tu kita tak sanggup tanggung ke? Bukan ke Allah tu takkan membebankan hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tanggung? Remember that, my bro and sis. Jangan letakkan berpuasa itu kepada budaya. Letakkannya pada ibadat. Lillahi taala. Insya-Allah, puasa kita tu diberkati oleh ALLAH.

Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam - bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh negara. I wish you Happy Ramadhan. Banyakkan beribadat. Tapi jangan banyak beribadat time Ramadhan, tapi bulan lain kita kurangkan. Biarlah constant, tak pun naikkan lagi ibadah tu. Ramadhan ni kan melatih kita untuk mengawal nafsu. Macam kita buat latihan Add Maths, kalau kita mampu menguasai satu chapter tu, mestilah kita mampu buat soalan yang lain ey? Macam tu la jugak nafsu. Kalau kita dah melatih untuk mengawal nafsu, kita mungkin mampu mengawalnya sampai bila-bila, bukan? Okay, assalamualaikum.

P/S: Nak habiskan 30 juzuk AL-QURAN, satu solat fardhu, 4 pages. 2 sebelum dan 2 selepas. Insya-Allah, 30 hari Ramadhan, kita mampu khatamkan AL-QURAN. Bukan khatamkan sahaja, tapi fahaminya. Baca translation-nya :)

No comments: