-->

Wednesday, June 8, 2011

Game Hotel 626


Game seram? Haihh -.- Seram la pulak. Macam biasa je main. Hantu muncul depan skrin tu, agak seram la bila korang tak sedia. Amai nak buat review sikit untuk game nie. Haha, Amai tahu dah terlambat untuk main. Tapi siapa yang baru start nak main, jom Amai buat review sikit untuk level-level nya.

Stage 1
Korang akan terbangun daripada tidur. Macam terjaga daripada tidur sebab ada sesuatu berlaku dekat luar. So, korang akan keluar dari bilik tu, korang akan mencari pintu untuk lepaskan diri daripada bayangan hitam. Kalau tak, korang akan terperangkap la dalam bayangan hitam tu. Tapi jangan risau, korang boleh Skip level nie. (Actually, setiap level boleh SKIP).

Stage 2
Jika korang lepas level 1 tadi, korang akan pergi macam dalam tandas. Haha, betul la, ala-ala tandas gitu. Hantu takut akan cahaya. Okay, korang kena snap picture yang ada flash. 9 photo dia suruh ambil, pastikan korang snap, semuanya hantu. Hehe, ada kejutan di sini. Kalau yang tak tahu tu, korang try-la main dekat sini.

Stage 3
Yeahh, dekat sini, korang akan turun tangga untuk keluar dari hotel tu. Tapi tak boleh disebabkan ada bayangan hitam tu lagi. Korang kena cepat-cepat buka pintu yang berada di situ. Kalau tak, korang kena Try Again la. Tapi nak Skip, pun boleh.

Stage 4
Anda akan masuk ke dalam bilik untuk nyanyikan lullaby untuk baby. Haha, yang nie memang kejam! Kalau korang guna mic, korang kena nyanyi. Kalau tak guna, just ikut je arahan dia, sampai la baby tu tak mengamuk.

Stage 5Bold
Yang nie, korang kena step or berjalan secara senyap. Dah korang tidurkan baby tu, so, korang kenalah senyap nak keluar dari bilik tu. Nanti dia ada suruh balance un
tuk korang senyap berjalan. Tapi kalau tak....


Stage 6
Korang dapat keluar dari bilik tu, tetapi macam kena serang someone. Then, bila korang sedar, korang akan ditarik. Tak tahu siapa yang tarik. Bangun-bangun je, korang macam dalam penjara. Ada orang gila dalam tu. Amai failed dalam nie. Tak faham, macam mana nak dapatkan code. Mungkin kena guna warna merah tu kott. Entah la. Hehe, korang try la sendiri.

Stage 7
Yang nie agak susah. Korang kena cari gambar korang yang tergantung. Banyak stranger la senang kata. Cari la sampai dapat. Orang gila tu dah ketuk-ketuk pintu untuk korang buka pintu tu, tapi kalau terlambat cari gambar korang, sah-sah orang gila tu dapat masuk, pastu serang korang.

Stage 8
Someone akan telefon korang, dia cakap, ikut arahan dia untuk keluar daripada hotel tu. Korang ikut je arahan dia, jangan ngada-ngada tak nak ikut. Kalau tak, sah-sah korang tak dapat keluar hotel tu.

Dah dapat keluar hotel tu, akan ada kereta dekat situ. Ahaa, korang terus ke kereta tersebut dan automatik dia hidupkan. Tapi jaga-jaga...


Amaran: Siapa yang lemah jantung, jangan main! Kalau nak main, pastikan umur korang atas 21, okay?! Haha, bubye and assalamualaikum..

P/S: Amai main nie, banyak yang failed. Hehe..

No comments: