-->

Saturday, June 11, 2011

Cerpen: Takdir Kau dan Aku!

(Sekuel Cinta KFC)

Far East Movement – Like A G6 berdendang kuat melawan suara-suara pelanggan yang sedang mabuk sambil menari bersama pasangan masing-masing. Tangan memegang air arak yang tinggal sikit dalam gelas. Kepala menjadi tidak waras. Syaitan memberi arahan untuk melakukan bermacam-macam benda maksiat.

Efi duduk bersama seorang wanita seksi. Besar ketawanya sambil memegang gelas berisi arak tersebut. Dipeluk wanita seksi tersebut sambil mencium pipi mungilnya.

“Oh, baby. Got to go!” dia ketawa. Dikucup pipi wanita tersebut sekali lagi.

Ala baby. Come here. Kita belum enjoy lagi,” rengek wanita tersebut, manja. Efi bangun daripada tempat duduk.

“Bye!” Efi berjalan dah tak betul. Terhuyung-hayang. Lampu kelab malam yang bersinar-sinar itu menyakitkan matanya. Dia segera mencari pintu utama. Keluar sahaja, jalannya masih terhuyung-hayang.

Keretanya yang berada di seberang jalan itu dilihat. Terasa jauh nak tuju ke kereta tersebut. Matanya berpinar-pinar. Kereta tu sekejap menjadi dua, tiga, empat, kemudian satu balik. Dia geleng kepala, membetulkan mata.

Jalannya semakin tak betul. Dia melintasi jalan raya tersebut tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri. Jalannya terhuyung-hayang. Kepalanya semakin pening selepas satu cahaya datang dari arah kiri. Dia menoleh ke kiri…

* * * * *

Matanya dibuka perlahan. Cahaya terang menyakitkan matanya. Bajunya koyak-rabak. Darah tak henti mengalir di tangannya. Rambutnya kusut-masai. Cahaya tersebut semakin membesar. Dia mengangkat tangan untuk menghalang cahaya tersebut daripada menyakiti matanya.

“Efi..” panggil seorang wanita bertelekung.

“Ibu?” Efi mengecilkan mata untuk melihat wanita tersebut. Ibu. Efi datang mendekati ibunya, tetapi cahaya tersebut seperti menghalang Efi daripada mendekati ibunya. Semakin hendak dekat, semakin kuat cahaya tersebut menerangi.

Ibunya beransur jauh. Efi berlari anak. Tetapi ibunya semakin menjauhi. “Ibu!”

* * * * *

Satu jasad menggelupur di atas katil hospital. Doktor dan jururawat sibuk merawat Efi yang baru sahaja sedar daripada koma. Puan Aminah dari jauh menangis melihat anaknya itu. Encik Yusuf menenangkan isterinya itu. Lama kelamaan, Efi senyap. Badannya tidak menggelupur lagi.

Doktor datang mendekati. “Anak encik dan puan sudah sedar. Tetapi badannya masih lemah. Berikan dia masa untuk tenang.” Tenang doktor tersebut menuturkan kata-katanya.

“Terima kasih, doc.” Doktor itu hanya mengangguk. Dia meninggalkan Puan Aminah dan Encik Yusuf.

Puan Aminah datang mendekati anaknya. Encik Yusuf menyusul. Sebak dia melihat anaknya itu. Anakku, bertabahlah kau..

PUAN AMINAH sebak melihat anaknya yang terbaring di atas katil. Muka anaknya lebam-lebam. Bertambah sebak jadinya. Air mata berlinangan tanpa disedari. Tudung yang dipakainya ditarik untuk mengesat air mata.

Jari-jari anaknya bergerak. Tangannya turut sama bergerak. Matanya lama-lama dibuka. Terasa berat matanya untuk dibuka. Dia melihat ibunya sedang teresak-esak menangis. “Ibu..”

* * * * *

“Nora, cepatlah! Aku dah lapar dah ni. Kita makan dekat warung situ je. Yang kau ni dalam bilik lama-lama pehal? Tak payah nak touch up. Aku tahu muka kau tu dah cantik,” bebel Hani panjang lebar. Penat nak menunggu kawan dia seorang ni.

Nora keluar dari dalam bilik. “Apa kau ni. Touch up apanya. Aku pakai tudung jelah. Itu pun nak bising.”

Hani tersengih. “Okay, okay, okay. Jom makan. Dah lapar tahap gaban dah ni.”

“Jom.” Mereka berlalu keluar.

* * * * *

Rumah yang tersergam indah itu seperti suram, suram bagaikan mengikut suramnya penduduk rumah tersebut. Efi baru sahaja balik ke rumah. Doktor mengesahkan Efi dah sihat sepenuhnya. Tidaklah sepenuhnya, tapi sudah beransur pulih. Dia baring di atas sofa bertentangan televisyen. Puan Aminah dan Encik Yusuf berada di dapur, makan agaknya. Efi malas nak makan. Tak ada selera. Dari pagi tadi perutnya dibiarkan kosong, walaupun sudah ditegur ibunya banyak kali untuk makan. Tetap juga dia tak nak makan.

Siaran televisyen yang bermain itu tidak ditonton sepenuhnya. Watak Patrick si kawan Spongebob itu langsung tidak buat dia ketawa. Kepala semakin pening apabila banyak sangat berfikir. Lama-lama dia terlena atas sofa tersebut.

Puan Aminah yang baru keluar dari dapur menjeling anaknya. “Ya Allah, tidur dah.” Dia segera menuju ke arah anaknya itu. Bahu anaknya disentuh. Digoyang-goyangkan badannya.

“Fi, masuk dalam bilik. Tidur dalam bilik.” Susah benar nak buka mata tu. Dah macam matanya digantung ayah gajah pun ada jugak. Kepala pun dah tak dapat mencerna dengan baik.

“Apa bu?” spontan dia tanya.

“Masuk bilik. Tidur dalam bilik.”

Efi menjeling jam dinding. Tepat menunjukkan pukul 5.30. Cerita Spongebob Squarepants pun dah habis. Lagu tema penutup cerita tu pun dah nak habis. “Tak apalah. Dah petang dah ni. Nak mandi dulu.” Dia meninggalkan ibunya lalu naik ke atas. Puan Aminah hanya melihat anaknya yang baru sahaja hendak menjejak tangga.

“Hati-hati naik.”

“Hmm..” jawabnya sepatah.

* * * * *

Ahad dah datang balik. Sekejap je rasa. Pada hal baru minggu lepas keluar hospital. Hari ni dah rasa baik sikit badannya. Pagi-pagi macam ni kalau keluar jogging pun okey jugak. Efi turun ke bawah. Ibunya, Puan Aminah sedang menyediakan sarapan. Air teh panas, roti, kaya, nasi goreng, semua ada dekat atas meja tersebut. Untung Efi, dah la anak tunggal. Ibu bapa masih hidup lagi. Syukur ke atas ilahi.

“Assalamualaikum,” salam Encik Yusuf. Efi yang baru sahaja menarik kerusi, memandang ayahnya. “Waalaikumussalam.”

“Sedap bau. Sampai ke atas bau nasi goreng ibu kamu ni.” Encik Yusuf menghidu-hidu aroma nasi goreng yang masih panas lagi itu.

“Ayah, lepas nie Efi nak pergi jogging. Nak ikut tak?” ajak Efi.

“Jogging? Kamukan baru sihat. Duduk jelah rumah.”

“Jogging pun sebab Efi nak bertambah sihat la ni.”

“Suka hati kamulah. Ayah ikut. Tanya ibu kamu, nak ikut ke tak nak,” arah Encik Yusuf. Dia mencapai roti lalu menyapu kaya ke atasnya.

“Ibu nak ikut jogging?”

“Boleh je.” Setuju Puan Aminah. “Dah, makan dulu.”

SATU perkataan, mengah! Mengah-semengahnya. Kali terakhir dia ber-jogging pun dia dah lupa. Penat. Peluh dah mencurah-curah banyak atas dahi. Puan Aminah duduk di kerusi yang disediakan di Tasik Y itu. Encik Yusuf buat aktiviti renggangan. Efi duduk sebelah ibunya. Air di dalam botol tinggal suku. Dah nak habis dia teguk sorang.

“Ya Allah, bukan nak tinggalkan untuk ibu sikit.”

Efi hanya tersengih. Dia segera memberikan botol tersebut kepada ibunya walaupun sudah tinggal suku.

“Dah, nak balik tak? Perut dah mula lapar dah ni. Sekarang pun baru pukul 10.30, kita pergi warung minum dulu la,” ajak Encik Yusuf yang tiba-tiba sahaja sudah ada di sebelah mereka. Puan Aminah dan Efi hanya mengangguk. “Jom!”

* * * * *

“Buat apa dekat Johor? Dah tu dekat Plentong pulak tu. Bosan la wehh,” Hani dah membebel selepas kawannya, Nora memberitahu hajatnya untuk ke Plentong, Johor.

“Tak ada apalah. Sepupu aku kahwin. Takkan aku tak pergi pulak. Dia cakap tak kisah kalau bawak kau sekali. Alaa, jom la weh temankan aku ke sana. Dua hari ni je. Kau amik cutilah eh?” Nora selagi boleh dia memujuk rakannya itu.

“Insya-Allah wahai rakanku, Nora,” Hani geleng. Nora dah sengih sampai gusinya boleh nampak. “Apa sengih-sengih?!”

“BANYAKNYA la kau beli barang dekat Giant. Kau nak buat apa je?” bebel Nora melihat segala plastik yang berada di belakang kereta itu. Baru sahaja masuk Plentong, mereka berdua terus singgah ke Giant. Hani la yang paling banyak beli barang. Entah barang apa je dia beli. Nak kata Giant buat offer, harganya sama je dia tengok.

“Alaa, salah ke aku beli? Aku ke Johor ni, segala barang aku lupa nak bawa dari KL. Pencuci muka tak bawa, berus gigi aku tak bawa, macam-macam la,” ujar Hani sambil membaca majalah Remaja. Nora yang memandu kenderaan hanya menggeleng. “Rumah sepupu kau jauh lagi ke?”

Nora menoleh rakannya di sebelah. “Tak, dah nak dekat.” Hani mengangguk.

“Perkahwinannya esokkan?”

“A’ah.”

* * * * *

Surat jemputan itu direnung lama. Jemputan daripada bekas tunangnya, Laila yang akan melangsungkan perkahwinan di Johor. Apabila melihat gambar dia beserta bakal suaminya, dia kenal lelaki itu. Lelaki yang bersama Laila ketika di BP Mall. Dia imbas kembali sewaktu Laila datang ke rumahnya.

“Aunty, saya datang nak jemput aunty sekeluarga ke perkahwinan saya.” Laila tersenyum sambil memberikan kad jemputan kepada Puan Aminah. Efi yang berada di sebelah hanya terdiam.

“Wah, dah nak kahwin dah. Tahniah ya.” Puan Aminah melihat kad jemputan tersebut. Berkerut dahinya sebentar. “Kenapa buat dekat Johor? Kenapa tak buat dekat sini je?”

“Oh, kami adakan majlis tersebut dekat rumah nenek. Ibu dan ayah suruh buat dekat kampung, baru rasa meriahnya,” Laila ketawa. Efi dari tadi langsung tidak berkata apa-apa. Puan Aminah ikut sekali ketawa sambil mengangguk.

“Insya-Allah, aunty datang.”

EFI meraup mukanya. Dia melangkah pergi ke katilnya. Kad jemputan tersebut diletak elok di atas katil tersebut. Dia meninggalkan biliknya. Kepalanya ditoleh ke kiri ke kanan mencari ibunya.

“Ibu?”

“Ya?” ibunya dari tingkat bawah menjawab.

“Kita pergi eh majlis perkahwinan Laila?”

* * * * *

Pagi Subuh, mereka sudah bergerak ke Johor. Pergi pagi-pagi senang. Lebuhraya pun tak adalah sesak mana. Dalam perjalanan, adalah juga Efi melelapkan matanya. Puan Aminah pun tidur sama. Barangkali mengantuk tu tak hilang-hilang lagi. Sempat juga mereka berhenti di Perhentian Machap untuk bersarapan. Dalam pukul 9, mereka bergerak semula.

Dalam pukul 11, mereka sampai ke rumah Laila. Mereka disambut baik oleh Encik Yahaya dan Puan Sakinah, ayah dan ibu Laila.

“Sampai juga Encik Yusuf dan Puan Aminah. Masuklah. Makan dulu,” jemput Encik Yahaya. Mereka berjabat tangan. “Wah, Efi, sihat dah.” Efi hanya tersenyum. “Dah, makan dulu.”

Nora yang berbaju kurung satin berwarna merah jambu beserta selendang itu keluar daripada rumah. Dia keluar untuk berjumpa Encik Yahaya. “Uncle, ada nampak ibu tak?”

Efi terkejut melihat Nora. Macam pernah nampak, tapi dekat mana? Ya, memang hati dia yakin yang dia pernah nampak gadis ni, dan dia rasa dia kenal dengan gadis tersebut. “Efi, apa termenung tu?” soal Puan Aminah yang sudah ingin mengambil nasi jagung. Efi menoleh ibunya. Dia mengangguk lalu mengarah ke ibunya.

“Ibu? Entah, tak nampak. Cuba cari dekat belakang rumah.” Nora mengangguk. Hani di belakang terhegeh-hegeh menyusul rakannya.

“Nora, sekejap.” Nora menghentikan langkahnya.

“Apa dia?”

“Kau nampak tak mamat tu?” dia menghala jarinya kea rah Efi yang sudah duduk.

“Kenapa dengan mamat tu? Kau nak kenal dia?” seloroh Nora. Nora kalau cakap, suka main sembur je.

“Choi! Bukanlah. Masa kau tanya Uncle Yahaya tadi, dia asyik tengok kau je,” matanya tetap ditala ke arah Efi.

“So?” kerut dahi Nora. Entah apalah Hani ni mengarut.

“So kau tanya aku?! Kau tak nampak ke dia macam suka kau?” Hani dah menggeleng.

“Apa kau ni? Kau dah suka dia, cakap dia pulak yang suka aku?” Nora pun dah tak faham apa dia cakap.

“Tapi handsome doe!”

“Dah, dah. Aku nak cari ibu ni.” Mereka berdua terus ke belakang rumah. Ramai juga orang di belakang rumah. Semua sibuk dengan tugasan masing-masing. Nampak semangat kerjasama antara mereka. Orang kampung la katakan.

EFI menunggu Nora yang dari tadi tak keluar-keluar rumah. Sewaktu dia makan tadi, nampak jugak Nora masuk ke dalam rumah. Takkan la dia nak kejar Nora sampai masuk dalam rumah pulak, tak manislahkan? Lagi pun ibu dengan ayah bercadang nak balik petang sikit, senang la sikit dia nak jumpa. Orang ramai sudah ramai yang datang. Tak cukup tangan Encik Yahaya menyambut tetamu yang datang.

Nora keluar daripada rumah. Tertoleh sana, tertoleh sini. Mencari apa, dia tak tahu. Nora mencari-cari kasutnya. Efi datang mendekati. “Assalamualaikum.” Tersentak Nora dibuatnya. Siapa la pulak bagi salam dekat aku ni. Dia melihat Efi sambil mengangkat kening.

“Waalaikumussalam. Ya, ada apa?” Nora dah pelik lihat lelaki di hadapannya yang senyum memanjang.

“Norakan?” Efi menanya untuk mendapatkan kepastian.

Macam mana pulak orang boleh kenal aku ni. “Ya, saya Nora. Mana awak tahu nama saya ni?”

“Tak ingat saya lagi?” Efi ni pun satu, dibuat salah orang, buat malu je tanya. “Efi.”

Berputar-putar fikiran Nora nak ingat balik siapa lelaki di hadapannya. “Efi?”

“Hefizudin.”

“Hefizudin anak angkat Cikgu Mamat ke ni?” Cikgu Mamat, guru disiplin mereka sewaktu sekolah menengah. Memang Efi ni kena label anak angkat Cikgu Mamat. Mana taknya, masa sekolah dulu, dialah yang paling nakal dekat sekolah tu, sampai Cikgu Mamat jadikan dia sebagai anak angkat.

“Yeahh.” Efi dah ketawa selepas dia digelar anak angkat Cikgu Mamat. Seram jugak la dia ingat balik rotan Cikgu Mamat tu. Tapi tetap juga tak menyesal.

“Ya Allah, bezanya kau! Macam mana aku boleh tak perasan kau ni.” Nora ketawa sopan. Takkan nak ketawa terbahak-bahak depan orang ramai pulak.

“Kau yang tak ingat aku. Apa kau buat dekat sini?” Efi bertanya.

“Laa, Laila ni sepupu aku. Tu sebab aku dekat sini. Yang kau ni, macam mana boleh sampai sini lak?”

“Oh, Laila jemput aku.” Efi malas nak cerita kisah lama dia dengan Laila. Biarlah rahsia je. “Nora, nombor telefon kau berapa?”

* * * * *

Efi dan Nora berjalan menuju ke pusat bowling. Minggu ni Nora akan duduk di Batu Pahat, nak rehat, nak jauhkan diri daripada kerja yang memeningkan kepala tu. Lepas Efi tahu je yang Nora ada dekat Batu Pahat, terus je dia ajak keluar.

“Nora, kau dah berubah eh,” ujar Efi. Ya, Nora memang dah berubah. Dari budak gila-gila kepala, yang nakal lebih kurang sama je macam Efi, sekarang berubah menjadi gadis terakhir. Terakhir la kot.

“Manusia boleh berubah. Kau pun aku tengok, tak adalah macam dulu. Dah sopan sikit aku nampak,” ketawa Nora. Pusat bowling itu dah dipenuhi orang ramai. “Nak main ke bowling? Ramai ni.”

Efi menala matanya ke seluruh pusat bowling. Dari kiri ke kanan. Memang ramai. “Tak apalah. Kau nak ke mana-mana ke? Aku follow je.”

“Popular?”

“No hal.”

“Kau memang suka baca novel eh?” Efi melihat Nora yang dari tadi membelek-belek novel itu.

“Kau pernah baca novel ni?” Nora buat tak layan soalan Efi tadi. Dia menunjukkan novel Contengan Jalanan karya Hlovate sambil mengangkat kedua-dua keningnya ke atas.

Efi geleng. “Kau patut baca, Fi. Bagus novel ni. Aku tak tahu la kenapa aku suka sangat baca ni, tapi macam ada something dalam novel ni.”

“Baca? Aku tak layan novel la. Jiwang-jiwang bukan jiwa aku.”

“No, tak ada jiwang. Baca la.” Nora memberitahu.

“Okay. Aku try baca.”

* * * * *

Sah, memang dia suka baca Contengan Jalanan tu. Haha, mula-mula nak baca pun malas. Tapi bila dah bosan sangat, terus dia baca. Dua hari sahaja dia habis baca Contengan Jalanan. Ada juga dia rasa dirinya macam Fend dan K2. Sembahyang pun lopong-lopong. Puasa pun setakat Ramadhan. Tak pernah rasa puasa tu kerana niat dari hati yang ikhlas.

Telefon bimbitnya ditarik dari atas meja. Mencari nombor telefon Nora. Menunggu panggilan di sana menjawab.

“Assalamualaikum.,” panggilan di sana menjawab.

“Waalaikumussalam.” Efi menjawab. Ingat Efi, memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib. “Nora, thanks eh.”

“Thanks? Untuk apa?” Nora dah pelik. Sejak bila pula la dia buat kerja amal jahiriah ni sampai Efi tiba-tiba ucap terima kasih.

“Oh, sebab promote aku novel Contengan Jalanan tu.”

“Laa, itu je? No hal la.” Nora ketawa sopan.

“Kau dah balik KL ke?”

“Aku balik esok. Kenapa?”

“Tak ada apa. Tanya je. Hati-hati memandu esok.”

“Okay.”

* * * * *

“Nora, masa majlis kahwin hari tu, aku nampak kau berbual dengan mamat tu. Kau kenal ke?” soal Hani yang dari tadi khusyuk menonton rancangan entah apa dekat televisyen.

“Mamat mana pulak?” Nora kerut dahi.

“Mamat yang tengokkan kau tu je.”

“Laa, mamat tu. Kawan lama aku la,” dia menjawab selepas mengetahui siapa yang dimaksudkan oleh Hani.

“Oh, kawan lama ke boyfriend lama?” Hani dah tersengih macam kerang busuk.

“Kawan la. Apa je boyfriend-boyfriend ni. Tak main la,” Nora mencubit lengan rakannya itu.

“Gila sakit la!” Hani membelai-belai lengannya yang terasa sakit selepas dicubit Nora. Nora dah ketawa terbahak-bahak. “Ketawakan aku, tak baik la,” Hani buat muka merajuk.

“Alala, comel la sangat kau merajuk. Sorry la. Tak sengaja.” Dia memeluk rakannya itu.

TELEFON berbunyi. Haila, pagi-pagi dah ada orang telefon. Rambutnya yang berserabai itu dibetulkan. Telefon bimbit yang berada di sebelahnya diambil. Laila. apa kes la budak ni telefon aku pagi-pagi. Punat angkat ditekan. “Assalamualaikum pengantin baru.”

“Waalaikumussalam. Gila kau pengantin baru. Dah sebulan lepas la,” Laila ketawa.

Ada apa kau nak telefon aku pagi Ahad ni?” soal Nora sambil mengesat matanya yang susah untuk dibuka.

“Tak ada apa. Aku rindu kau la!”

“Rindu aku? Haik? Dah ada abang sekatil pun, nak rindu-rindu aku lagi?” Nora pula yang ketawa.

“Ngek la kau ni! Apa abang sekatil.”

Nora makin kuat ketawa dia. “Mana suami kau? Pergi la layan sana. Mana tau dia nak sarapan ke.”

“Kitorang baru je lepas breakfast. Dia tengah tengok TV tu. Weh, bila nak balik BP? Dekat KL banyak sangat ke kerja?” soal Laila yang tak habis-habis rindu dengan sepupunya ni.

“Alaa, sorry la weh. Memang banyak sangat kerja. Nanti kalau aku nak ke BP, aku cakap dengan kau.”

Senyap seketika. “Nora, aku nak tanya kau something ni.”

“Tanya la.”

“Kau kenal Efi?” soal Laila, macam tanya tak nak tanya sahaja.

“Kenal. Kawan lama aku. Kenapa?”

“Ermm, tak ada apa. Tanya je. Woi! Kau ni dah mandi ke belum?”

Nora tersengih. “Belum. Aku baru je bangun tidur.”

“Gila! Dah, mandi sana.”

“Aku memang nak mandi pun!” dia sengih. “Kau pergi layan abang sekatil kau,” Nora ketawa. “Assalamualaikum.”

“Banyak la abang sekatil. Waalaikumussalam.” Talian diputuskan. Efi, dia dah berubah ke? Soalan itu tak habis-habis bermain di kepala Laila. Ala, apa aku kisah. Aku pun bukan dengan dia lagi dah.

* * * * *

Efi menunggu panggilan di sana menjawab. “Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Sihat?” soalnya.

“Sihat je.” Nora senyum.

“Tak balik BP ke?” soalnya.

“Insya-Allah, aku balik. Lagi pun banyak lagi kerja dekat pejabat tu. Pening kepala.”

Efi ketawa. “Tak apa. Bersusah-susah dulu, senang-senang kemudia. Betul tak?”

“Betul. Asyik tanya aku je bila balik BP, kau bila nak ke KL?”

“KL? Tak ada masa la. Kerja aku pun sama je banyak dekat pejabat tu,” ujar Efi sambil duduk di atas sofa.

“Oh, sama je la kita. Kau Ahad ni, tak ada buat apa ke? Tak jalan-jalan?”

“Jalan apa je dekat BP ni. Bukannya macam KL, boleh pergi sana sini. Bosan la jugak aku rasa terperap je dekat BP,” ketawa.

“Banyak la kau. BP tu tenang apa. BP tu kira bandar ala-ala kampung kau tau tak. Aku suka BP. Tambah-tambah lagi bila balik kampung. Tenang je.”

“Yelah. Okay la, nanti aku call kau lagi. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Begitu la Efi dan Nora sekarang ni. Seminggu tak berborak, macam tak sah saja. Nak kata bercinta, tak ada la bercinta sangat. Mereka anggap berkawan. Tak lebih daripada itu. Hani pun perasan jugak keadaan Nora yang tak habis-habis tersengih masa telefon. Puan Aminah pun perasan jugak anaknya dah kembali gembira selepas kemalangan yang lepas. Alhamdulillah. Efi pun dah berubah. Dia jaga solat, membaca al-Quran setiap malam, dan kadang-kadang melaksanakan puasa sunat. Siapalah wanita yang dah merubah anak aku jadi lebih baik ni? Hanya itu yang bermain di kepala Puan Aminah.

* * * * *

Dengar kata Nora dah balik Batu Pahat selepas mengetahui Laila dah selamat melahirkan anak kembar mereka. Sempat juga dia sekeluarga melawat Laila.Comel anak kembar Laila dan Asyraf. Mereka pun nampak bahagia. Alhamdulillah. Asyraf la jodoh Laila. Jodoh itukan ketentuan Allah.

Baru sahaja Efi menelefon Nora untuk berjumpa. Alang-alang Nora dah sampai Batu Pahat ni, lebih baik berjumpa terus. Membazir kredit saja nak borak-borak dalam telefon.

“Sorry tunggu lama. Dah lama sampai?” soalnya. Dia menarik kerusi untuk duduk. Premis Old Town itu tidaklah ramai sangat, mungkin ada yang bekerja kot. Lagi pun hari Sabtu.

Efi tersenyum lalu menggeleng. “Tak ada la lama sangat.”

“Oh,” Nora tersengih. “Tadi aku temankan Laila sekejap. Suami dia pergi bekerja.” Efi hanya mengangguk. “Macam mana eh kau boleh kenal Laila?” soal Nora. Efi mengerut dahi.

“Err..” susah betul dia nak jawab. Nora hanya menunggu jawapan Efi.

“Sebenarnya.. Laila bekas tunang aku.”

Terasa kasar pulak air liur ni untuk ditelan. Bekas tunang? Okay.

“Kenapa? Kau tak percaya ke apa?” soal Efi yang perasan perubahan air muka Nora. Nora tersengih lalu mengangguk.

“Percaya. Tak sangka pulak kau bekas tunang dia.”

Efi hanya senyum.

MEREKA berjalan berdua. Nora dari tadi mengunyah Pappa Roti.

“Kau dah tengok anak Laila?” soal Nora sambil menjeling Efi yang berada di sebelahnya. Efi mengangguk. “Comelkan?”

“Comel. Macam ibu dorang jugak.”

“Indeed.”

* * * * *

DAH seminggu lebih dia dekat Batu Pahat ni. Kerja dekat KL entah berapa banyak ditinggalkan. Bos dia baik pulak kali ni, bagi cuti sampai dua minggu. Alhamdulillah, rezeki depan mata, siapa yang tak nak menolak. Laila mendodoi anak kembarnya. Susah nak jaga anak kembar ni.

“Kesian aku tengok kau. Penat je. Tambah-tambah lagi anak kembar, kan?” soal Nora sambil melihat Laila yang baru sahaja keluar daripada hospital.

“Tak adalah penat mana. Ni pun rezeki jugak, dapat anak kembar. Terus dapat dua.” Anak kembarnya sudah lama dibuai lena. Laila duduk di sebelah Nora. “Kau bila balik?”

“Sabtu ni la kot.” Laila hanya mengangguk.

“Laila, kau dah lamakan kenal Efi?” tiba-tiba Laila bertanya tentang Efi. Nora hanya mengangguk. “Aku tengok dia dah banyak berubah, tak macam dulu.”

“Berubah? Alhamdulillah. Aku tengok pun, ada la jugak berubah,” Nora menyandarkan badannya di sofa tersebut. Lembut je rasa.

“Kau tak nak kenal dia.. lagi mendalam?” acuh tak acuh Laila bertanya.

“Kenal dia? Mendalam? Tak faham..”

“Tak ada la. Aku tengok korang ni, dah rapat semacam. Bercinta ke?” Laila sengih. Nora kerut dahi.

“Apa kes cinta-cinta ni?” Nora menggeleng. Laila dah faham sangat dah, Nora ni bukan jenis yang suka bercinta. Tak layan jiwang la minah ni. Setakat jiwang Hlovate, Nora layan la jugak.

“Aku rasa, kau patut kenal dengan dia la.”

Nora ketawa. “Kau ni pakar cari jodoh ke apa? Main recommend je.”

“Alaa, apa salahnya, kan?” mereka berdua ketawa.

“Banyak la kau!”

* * * * *

Efi menuruni anak tangga. “Efi, sini jap.” Baru saja nak turun, Puan Aminah dah memanggil dia. Efi duduk bersebelahan ibunya.

“Ibu tengok sekarang, Efi dah banyak berubah. Ni mesti sebab budak perempuan, kan?” soal ibunya. Efi terkedu. Berubah? Perempuan?

“Siapa pulak perempuan tu?”

“Efi, ibu dah lama perasan. Efi asyik tersenyum je bila telefon kawan kamu tu. Siapa dia? Ibu pun nak kenal jugak.”

Nora ke? “Maksud ibu, kawan yang Efi telefon selalu tu?”

“Yelah. Siapa lagi?”

“Kenapa ibu nak jumpa?” soal Efi yang dah mula pelik. Apa pulak ibu nak jumpa Nora ni.

“Saja, berkenalan. Bolah eh?”

PANGGILAN di sana menjawab. “Nora, kau dekat mana sekarang?”

“Aku dekat BP lagi. Kenapa?”

“Ibu aku nak jumpa kau.”

* * * * *

Berdebar juga la dia nak jumpa ibu Efi ni. Tiba-tiba je. Efi pun satu, paksa-paksa dia datang. Nak buat macam mana, terpaksa la datang. Loceng ditekan. Pintu dari dalam dibuka. Efi keluar lalu membuka pagar. “Thanks sebab datang.” Nora hanya senyum lalu masuk ke laman rumah.

“Nora ya?” Puan Aminah dari dalam rumah keluar terus untuk berjumpa Nora. Nora hanya tersenyum. “Masuk dulu.”

Puan Aminah menjemput Nora duduk. Efi duduk bertentangan Nora. Nora hanya tersenyum. Malu. Efi hanya tersengih. “Apa sengih-sengih?” Nora dah tak keruan sampai Efi pun kena sembur. Efi ketawa terus tengok Nora yang tengah kalut semacam. Nora menunjuk penumbuk. Efi menjelir lidah mengejek.

“Nah, air dengan kuih sikit.” Puan Aminah daripada dapur datang menatang dulang.

“Susah-susah je aunty.”

“Alaa, tak ada la susah mana.” Puan Aminah segera duduk sebelah Nora. “Mana pulak abang ni. Abang, turun la.” Puan Aminah memanggil suaminya.

“Ya, ya.” Encik Yusuf menuruni anak tangga lalu duduk di sebelah Efi. “Nora?” Nora hanya senyum lalu mengangguk.

Puan Aminah senyum. “Dah lama ke kenal Efi?”

Nora mengangguk. “Lama dah. Sejak daripada sekolah menengah lagi.” Sekali sekala dia menjeling Efi.

“Oh, kawan lama la ni.” Nora mengangguk lagi.

“Makan malam eh dekat sini?”

Sudah! Dah la kena datang. Lepas tu kena makan malam pulak dekat sini. Nora mengingat balik, mana tahu ada aktiviti apa-apa ke malam ni. Tapi fikir-fikir, dia tak buat apa-apa pun malam ni. “Insya-Allah, boleh.” Puan Aminah tersenyum gembira.

SEMPAT la jugak dia menolong Puan Aminah memasak tadi walaupun dihalang Puan Aminah. Buat malu je datang rumah orang, tapi duduk dekat ruang tamu je. Sambil-sambil tu, kena la tolong. Banyak juga la topik yang diperbualkan mereka semasa di dapur.

Senyap sahaja suasana sewaktu makan malam. Hanya bunyi dentingan sudu bertemu pinggan sahaja sewaktu itu.

“Begini,” tiba-tiba Encik Yusuf bersuara.

“Kami menjemput Nora datang ke sini untuk bertanya sesuatu. Nora dah ada teman lelaki?” Nora terkedu. Apa pulak ayah Efi ni tiba-tiba tanya ada teman lelaki ke tak ni. Nora hanya menggeleng.

“Tak ada?” soal Encik Yusuf lagi.

“Tak ada.”

“Apa kata kamu berdua bertunang?” terlepas sudu di tangan Nora dan Efi ketika itu, serentak. Dua-dua terkedu.

Pakcik ni la. Apa tiba-tiba cakap pasal tunang ni? Aku dengan Efi bukannya apa-apa pun.

Ayah, apa ni? Tiba-tiba bertunang. Efi dengan Nora berkawan je.

Makan malam tu, terus jadi senyap. Tak ada siapa yang bercakap. Hanya bunyi kipas je. Memang Nora dan Efi terkedu terus la. BERTUNANG?

* * * * *

NORA - Tunang? Haih. Pening kepala dia fikirkan. Apa tiba-tiba ayah Efi cakap pasal tunang ni. Tunang dengan Efi? Biar betul. Nora sekali sekala mencubit pehanya. Nora, ni bukan mimpi. Kepalanya dipicit. Pening dah datang. Boleh demam la jugak ni. Tak balik Kuala Lumpur la jawabnya.

“Laila, patut ke aku tunang dengan Efi?”

EFI – Memang tak masuk akal. Tak sangka pulak ibu suruh Nora datang semata-mata nak cakap pasal tunang. Tunang, tunang, tunang. Haih. Kusut otak. Ibu dan ayah ni pun satu, bukan nak bincang dengan dia pun pasal ni. Main bidan terjun je cakap dengan Nora pasal benda ni. Ya Allah, tolong la aku.

“Ibu, betul ke ni?”

* * * * *

Selepas dia bertanyakan Laila tentang benda ni, selepas dia melakukan solat istikharah, selepas dia menimbangkan pro dan kontra, akhirnya dia ambil keputusan juga. Efi pun sama, macam-macam benda dia buat. Solat istikharah, fikir dua tiga empat lima kali. Dia pun mengambil keputusan.

Majlis pertunangan mereka dilakukan secara biasa sahaja. Secara kecil-kecilan. Puan Aminah pun sendiri yang menyarung cincin di jari Nora. Nora cantik sekali dengan baju kurung berwarna putih.

“Tunang jugak kau,” seloroh Laila yang mendukung anaknya seorang. Seorang lagi dengan Asyraf.

Tunang la sangat. Tiba-tiba kena tunang hari Sabtu, hari dia patut balik ke Kuala Lumpur. Tak pasal-pasal balik Batu Pahat kena tunang. Tujuan balik Batu Pahat pun sebab nak tengok anak Laila, tapi tak pasal-pasal kena tunang. Insya-Allah, pertunangan ni berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Telefon berbunyi. Efi. Punat ‘answer’ ditekan. “Selamat bertunang.”

Nora ketawa. “Selamat bertunang jugak.”

___________________________________________________________________

Sabtu, 11 June, 2011

5:12 PM

Aqmar Ismail.

Minta maaf ya kawan-kawan kalau cerpen nie terlalu panjang. Memang idea terlebih mencurah, tapi Amai takut terlalu rushing. Hope korang bagi tahu Amai kalau cerpen nie agak rushing. Do like and comment, readers ;)

2 comments:

shakez_design (stories) said...

pnjang gler crite ko.......tpi bez jgak la......dew crite cdey nyer.....

Aqmar Ismail said...

@shakez_design (stories) panjang? normal la kot. hehe :3 thanx sebab ckp best. orang baru start nak tulis cerpen.