-->

Monday, June 6, 2011

Blogger Kena Kutuk!

Heyy :) Kecoh aa sekarang nie dengan isu Gambit yang mengutuk blogger dengan cacian yang bukan-bukan. Biasa laa, blogger sekarang nie pun jangan dipandang remeh. Lagi pun blogger bebas untuk beri pendapat. Yang si Gambit Saifullah nak melatah terlebih kenapa.

Music video Prema Yin - Marilah yang agak megghairahkan (entah la ghairah sangat ke) dikutuk hebat oleh blogger-blogger. Itulah manusia, bila diri dah terasa bagus, tak ada siapa yang boleh lawan cakap dia. Kann? Sekarang nie pun dah keluar Harian Metro. Gambit cakap, dia buat music video nie untuk pasaran Amerika Syarikat. Gambit, takkan tak boleh buat lebih sopan lagi? Kita ada adab ketimuran. Takkan nak buat untuk pasaran AS, sampai benda-benda macam tu kita nak buat? Tahu tak, ramai orang Kristian bangga dengan music video nie sebab orang Islam yang buat. Tengok?! Dorang bukan bangga apa, dorang bangga sebab orang Islam makin lama makin ikut perangai barat.

Petikan Harian Metro

Penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata merakam aksi maksiat adalah perbuatan mungkar yang mana semua orang tahu ia tidak boleh dilakukan.

Katanya, perbuatan itu bukan saja mengundang dosa kepada orang yang menghasilkannya malah turut kepada orang lain yang menonton.

Lalala, tak tahu nak cakap apa lagi. Tengok la japgi, apa pulak si Gambit nak cakap dekat Blogger :) Sampai sini je. Daa. Assalamualaikum.


No comments: