-->

Saturday, June 18, 2011

Apa kes ni sampai bayaran semakin naik?!

Ramai yang dah dengar pasal kenaikan harga Astro, kan? Okay, walaupun bukan Amai yang bayar, tapi Amai tetap terasa peritnya, tau tak?! Korang ingat kitorang ni bayar duit Astro je ke apa? Banyak lagi la benda kitorang nak bayar. Duit rumah, duit kereta, bil elektrik, bil air, macam-macam lagi.

Lagi satu, dah tahu dah tak ada banyak duit, apa kes korang letak macam-macam rancangan realiti dekat rancangan tu?! Akademi Fantasia la, Mari Menari la, Pencarian Emas entah apa la. Oh, Amai suka dengar lagu WHAT THE HELL LA LU! Kalau dah tak ada duit sangat, tak payah la nak letak rancangan realiti bagai. Dah tu, berulang banyak kali.

Korang bayangkan, kalau cerita yang diulang tu best tak apa la jugak. Ni cerita yang bosan gila tahap gaban korang ulang! Macam apa je. Kualiti tu, hampeh! Waktu hujan, hilang siaran. Disebabkan Astro ni, ayah Amai nak potong Astro. Tengok! Bayangkan, macam mana Amai nak tengok MTV Hits, latest song tu semua?! Macam mana?! Jawab! Jawab!

P/S: Makin fedup la wehh!

No comments: