-->

Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota


Hello guys! Wah. Lama tak update. Baru jadi pelajar Form 4, dah busy macam apa. Dengan homework yang menanti, memang tak ada masa nak update blog nie. HAHA. Cuma meng-online-kan Facebook tu menjadi satu kewajipanlah. Yelah, mana tahu tahun depan dah tak boleh nak online sekerap yang mungkin, kan? Tahun depan, 2012, dah jadi SPM candidate dah. Betul tak? HEEE.

Okay. Hari ini, Sabtu, 12/2/2011, ada Larian Perdana Mahkota. Seluruh negeri Johor kena lari. HSBP + TIGS + MONFORT + SYED ESA lari bersama-sama. Semua berkumpul di High School Batu Pahat la, jadi tuan rumah. Pergh! Memang ramai. Pagi-pagi datang, dah terus kena ke padang. Berkumpul dekat padang. Tapi letak beg dululah. Dah ramai jugak yang datang. paling ramai sekali pelajar Syed Esa. Pergh! Berpusu-pusu dorang datang. Tak henti-henti. Memang ramai gilalah.

And then, adik-adik kecik Sekolah Kebangsaan Monfort pulak datang. HAHA. Comel-comel kot. Badan semua kecik-kecik je. Kemudian, TIGS baru datang. Dorang daripada sekolah. Ala, HSBP and TIGS, tak jauh mana. Dekat je. Tapi TIGS memang ramailah. Penuh satu padang dengan dorang. HAHA. Takde la satu padang. Gebang je.

Mula-mula, ada senam aerobik. Eh, takde maknanya Amai buat. Amai berdekah, berketawa, beriang-ria adalah. HAHA. Malas seh nak buat. Nak ikut step dia pun susah. Ikut mana yang boleh je. Dah siap tu, atas pentas ada buat apa entah. Semua orang besar dekat atas pentas. Bukan orang berbadan besar, orang yang berpangkat besar la. Haish.

And then, dorang suruh budak-budak berlari. Bermula dengan TIGS, Monfort, Syed Esa, and HSBP. HOHO. Last sekali. Tapi nak kejar budak-budak TIGS nie senang gila. Dorang bukan berlari, berlenggang adalah. Macam nak jalan-jalan BP Mall. HAHA. Dah tu, nampak pulak Makcik Farah and the geng. HAHA. Malu-malu. Konon. c(: Kidding.

Kitorang lalu Stadium Batu Pahat ke Jalan Dagang and terus balik ke HSBP. Ohooooohoi! Dekat gila la. Tapi Amai berjalan kaki, tak terasa dekat, terasa JAUH. Itulah, berjalan kaki la katakan. Mana tak jauh. Cuba kalau lari, dah sampai dah. HAHA. Tapi event nie best kot. Agak meriahlah. :)

Eh, dahlah. Amai mahu tengok GLEE. HEE. Bye and ASSALAMUALAIKUM. :)


No comments: