-->

Thursday, December 30, 2010

Kau Pergi 6

“Ayah saya…” Tidak semena-mena, air matanya mengalir di pipi. Terasa hangat pipinya.

“Hadi, saya minta maaf, ya?”

Hadi hanya mengangguk perlahan. Hatinya tersentuh apabila mengingatkan balik peristiwa silam yang pahit untuk ditelan itu. Pipinya sudah dibasahi dengan air mata yang ditahan sedari tadi.

Adila hanya menggeleng. Ya ALLAH. Begitu sekali dugaannya yang harus dihadapi oleh Hadi. Ya, siapa yang sangka? Luaran sahaja nampak biasa, tapi di dalam, hanya tuan badan sahaja yang tahu. Semoga kau bertahan Hadi!

BAB 6

ADILA meletakkan telefonnya di atas meja yang bertentangan dengan katilnya itu. Baru sahaja sebentar tadi Hadi menelefonnya. Katanya, hendak jumpa di restoran esok. Adila pun hanya mengatakan ya sahaja tanpa berfikir panjang.

Dia menghenyakkan diri di atas katil. Hari ini meruapakan hari cuti semester. Dapatlah juga dia balik ke rumah untuk merehatkan diri. Pintu bilik diketuk. “Masuk!” lantang suara Adila menyuruh orang yang mengetuk pintunya untuk masuk.

Pintu biliknya dikuak sedikir oleh orang itu. Dia masuk ke dalam lalu duduk di tepi katil Adila.

“Ibu,” ujarnya lalu bangkit untuk duduk.

“Adila, tadi Puan Farah telefon. Dia cakap nak buat kenduri arwah untuk arwah Linda. Dia jemput kita malam ni. Adila nak datangkan?”

Sebak menyerbu diri. Matanya sudah digenangi air yang bila-bila masa sahaja akan tumpah. Adila merenung di luar tingkap.

“Adila?”

“Ya,” dia merenung luar tingkap lagi. Adila hanya mengangguk untuk mengatakan yang dia akan pergi ke rumah Puan Farah. Ibu tersenyum lalu keluar daripada bilik.

“Haa, nanti turun bawah pergi lunch tau! Ibu dah sediakan makanan favourite Adila!”

Adila hanya ketawa dalam tangisan. Dia mengesat air matanya. Tiba-tiba katilnya terasa dihenyak seseorang. Adiknya, Kamal, tersengih kepada Adila. Adila hanya menggeleng.

“Ni kenapa masuk bilik orang perempuan ni? Tak malu heh?”

Ala, adik sendiri masuk pun salah ke? Kecohlah akak nie.”

“Errkk? Merajuk ke adik kakak?” Adila menjelirkan lidah sedikit kepada Kamal. Kamal hanya buat tak tahu. Kalau diikutkan hatinya, nak sahaja dia pukul belakang badan kakaknya. Biar rasa!

Kamal perasan mata Adila merah. “Kakak menangis eh?” soalnya.

Adila hanya menggeleng. “Tak adalah.”

“Yelah. Adik nak keluar dulu. Nak pergi makan. Jomlah makan!”

“Nanti akak pergi. Adik pergi dulu.”

Kamal terus keluar daripada biliknya. Sempat lagi dia mengacau teddy bear kepunyaan kakaknya itu. Adik, adik, getus Adila sambil menggeleng.

Dia merenung balik ke arah tingkap. Dentuman pintu yang ditutup oleh adiknya memeranjatkannya. Astaghfirullah adik aku ni. Nak tutup pintu tu, tutuplah betul-betul. Habis hilang feeling.

Dia bangun daripada katil lalu menuju ke arah pintu. Disebabkan rumahnya dua tingkat, terpaksalah Adila menuruni anak tangga untuk ke dapur. Ayah dan Kamal sudah menikmati makanan yang dihidangkan. Ibu baru sahaja hendak makan selepas menghidangkan air kepada mereka.

Adila segera duduk di sebelah Kamal. “Tu, ibu dah letak nasi depan mata kakak tu. Makanlah ayam masak kicap special ibu tu,” seloroh ibunya. Sempat lagi nak bergurau depan rezeki. Adila hanya ketawa.

Ayah dan Kamal dah macam orang kebulur. Tak tahu apa yang diperkatakan mereka. Entah-entah, tak dengar apa yang ibu cakap. Adila hanya menggeleng. Mereka semua menikmati makanan yang dihidangkan ibu. Dah nama masakan ibu, siapa yang cakap tak sedap? Tambah-tambah lagi kalau makanan tersebut makanan favourite. Bertambah sedaplah.

Waktu itu hanya sunyi menemani mereka. Yelah, waktu makan. Mana boleh bercakap atau berbual. Orang-orang tua cakap, tak sopan. Mereka semua begitu sehingga selesai makan.

“ADILA, dah siap belum? Nanti terlambat ni,” jerit ibu daripada tingkat bawah.

“Kejap! Dah nak siap ni,” ujar Adila. Dia melihat cermin. Malam ini, ada kenduri arwah dekat rumah Puan Farah. Dia membetulkan tudungnya dan baju kurungnya yang berwarna biru muda itu. Lalu membawa beg kecil yang diisi dengan duit, kad pengenalan dan telefon bimbit sahaja.

Dia segera menuruni tangga dengan sepantas yang boleh. Ibunya hanya menggeleng. “Dah, masuk dalam kereta cepat,” kata ibunya sambil menuju ke kereta Vivanya itu. Ayah dan Kamal menonton televisyen selepas menunaikan solat Isyak tadi. Rancangan drama itu best agaknya sampai tak nampak Adila dan ibu sudah pergi ke rumah Puan Farah.

SELESAI tahlil arwah tadi, pihak keluarga Puan Farah menghidangkan makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu. Puan Farah datang mendekati Adila hendak mengatakan sesuatu.

“Adila mesti rindu dengan Lindakan? Nanti lepas makan, masuklah bilik Linda tu. Makcik ada letakkan dalam kotak barang-barang Linda yang boleh buat Adila lepaskan rindu.”

“Baik makcik. Nanti saya masuk,” dia menyimpulkan senyuman lalu makan. Puan Farah beredar lalu menuju ke arah dapur.


No comments: