Hallu! Wah. Lamanya tak update blog. Almaklumlah, malas nak update. Tak ada cerita nak cerita dekat korang semua. Huhu, okey! Ceritakan start dari hari Isnin lepas. Isnin lepas, bersama Sabree, pergi ke rumah Afnan. Tak ada kerjalah katakan, so, jalan-jalan jelah. Tunggu bas, hujan lebat, basah kuyup, panas terik, itulah ujian-ujian hendak pergi ke rumah Afnan. Entah kenapa, dugaan..
Dah sampai rumah Afnan, stay kejap je. Tujuan kitorang sebenarnya nak pulangkan komik Afnan je. Dah pulang tu, balik ke bustand. Jalan dari rumah Afnan ke bustop BP Walk memang memenatkan. Tapi, menunggu bas tu, lagi memenatkan. Entahlah, sabar jelah.. Kemudian, pergi kedai DVD, tanya Korean drama punya DVD.
Wah! Banyaknya DVD. Tapi Amai nak beli You're Beautiful je. Yang menguntungkan Amai, dramanya dalam Malay subtitle. Bernasib baiklah jawabnya.
Amai memang nak Malay subtitle lagi pun, sebab korang tahu, Amai nie malas nak baca English subtitle nie. Tak ada maknanya nak tengok sangat. Melainkan kalau Amai rajin cek dictionary, memang Amai tengok. Haha, beli drama nie, tengok dalam masa 5 hari je. 1 hari, 4 episod. Mana tak habis dengan cepat. Tapi kadang-kadang geram tengok dengan sepupu nie, mulut bising. Haha, tapi mulut bising tu jugaklah, Amai dapat menghayati drama You're Beautiful dengan mendalam.
Korang tahu, malam tadi Amai tengok The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader?! Wah! Bestnya. Tambahan lagi dengan menonton 3D. Memang smart. 1st time menonton dalam 3D nie, memang jakun. Haha, jadi orang sakai and orang jakunlah Amai and sepupu-sepupu dalam wayang. But, yang paling Amai terperanjat, trailer Tron Legacy. Dekat bawah nie ada gambarnya!
(click untuk besar)
Atas nie sebenarnya part tendang, yang menuju ke arah kamera. Anda bayangkan, kalau korang pakai 3D glasses, mahu tak terkejut. Bila tengok 2D version pun dah macam nak tendang ke arah kita, gilalah! Bhahaha! Memang Amai terkejut jerut purutlah senang kata! Tapi memang best bila guna 3D. Kelemahan, menyakitkan mata + pening kepala.
Scene Narnia pulak (yang mengejutkan Amai), scene ada 2-3 panah tu ke arah kamera. Pergh! Ke belakang Amai dibuatnya. Haha, tapi memang kitorang jakun tahap cipanlah senang kata! Sabar jelah kepada penonton-penonton yang berada di dalam wayang tersebut.
Okeylah, bubye! Ada benda hendak dibuat. Saranghaeyo!
P/S: Cuak menunggu keputusan PMR. Doakanlah kejayaan Amai. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment