-->

Saturday, September 4, 2010

Cuti dan Belajar :)

Assalamualaikum semua! Huhu, korang jangan tutup pulak blog Amai nie, Amai sudah tukarkan templates/background blog nie. Kali nie Amai tak nak ambil templates dekat BTemplates lagi sebab lecehlah. Lagipun Amai tak nak blog Amai nie nampak macam serabut sangat. Dengan gambar budak-budak tengah tunggu bas yang besar gedabak tu, haha. Biarlah guna background nie je, walaupun buruk :(

Okey, kita start dengan good news! Good news-nya ialah, kita dah start cuti sekolah! Selama 2 minggu lagi (untuk pelajar sekolah menengah), sekolah rendah Amai tak tahulah cuti berapa minggu. 2 minggu jugak kot. And, biasalah, bila dah cuti nie, mesti rasa bosankan? Tambah-tambah lagi bulan puasa nie. Yelah, macam biasa, setiap hari kita mesti pergi sekolah jumpa kawan-kawan, tapi bila dah cuti nie, ada nak buat macam tu? Duduk rumah, tak ada buat apa-apa. Tu sebabnya cikgu bagi homework! Boleh isikan masa yang kosong tu dengan menyiapkan homework.

Tapi jumlah homework tu memang tak payah ceritalah. Korang bayangkan, cuti 2 minggu, tapi homework-nya macam 1 bulan cuti. Tapi cikgu buat semua nie untuk kebaikan kita jugak. Nanti korang bukannya belajar time-time cuti nie. Tambah-tambah lagi dah nak dekat raya nie. Lagi tak payah cerita. Korang takkan belajar tak. Eyh! Mana boleh macam tu, kena belajar jugak! Sebab belajar tu kan penting. Lebih-lebih lagi pelajar Form3. Korang, tak sampai sebulan lagi nak PMR. Kepada pelajar Form3 HSBP pulak, naik sekolah nie, korang ada PRA PMR, ingat tak?!

Urmm, dah tu, jangan lupa ikut jadual yang telah disediakan oleh cikgu (aku tak ikut lagi pun), huahuahua! Adeh! Sebenarnya boleh aje Amai ikut jadual tersebut, tapi disebabkan kuasa M (malas) membelenggu dalam diri Amai, tu sebab tak ikut tu. Lainlah kalau ada geng, boleh aje Amai ikut jadual tersebut. Nak buat macam mana? Hehe, tapi setakat nie, Amai baru siapkan BM. Esok mungkin nak buat Sejarah, Geografi pulak kot. Tapi disebabkan homework berlambak, terpaksa ikut jadual tu. Kalau tak nanti banyak yang tak siap.

HSBP memang risau betul dengan kitorang kan? Takut kitorang tak belajar. Urmm, insya-Allah, nanti mesti siapkan punya! Huhu.. Pergh! One more story! Hari tu, hari Rabu, penat gila Amai pergi Seminar Tatabahasa. Tak silap Amai, 24/25 buah sekolah yang join seminar nie dan dianggarkan seramai 100 orang kesemuanya. Seminar nie dijalankan di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Huhu, sampai 3 sesi kitorang kena. Dari pukul 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Korang kiralah sendiri lama ke tak lama kena belajar. Nasib baik penceramahnya best! Kalau tak, memang mengantuklah jawabnya!

OK lorh, sampai sini sahaja Amai nak berceloteh! Dah banyak benda dah Amai membebel nie. Lagi pun, Amai dah nak tutup laptop. Laptop and ineternet buat masa sekarang dah tak betul sikit. Tambah-tambah lagi internet, Amai rasa makin slow-lah. Apa-apa pun, Amai nak berhenti sampai sini dahulu. OK, bye!

P/S: Nak tengok Cheaper by the Dozen lagi! Best lorh! Comel-comel pelakon-pelakon cilik dalam movie tersebut! Amai tak sempat nak siapkan sambungan Kau Pergi... Sorry guys!

No comments: