-->

Friday, February 5, 2010

Merentas Desa

Assalamualaikum..

HAHA, jadi budak baik pulak hari nie. Bukannya apa, hari nie kan Jumaat. Hari yang mulia. Cewah! Fuh! Penat gak merentas desa. Mana tak nya, aku berlari tak berhenti sampai hospital, and then dalam taman tu aku berjalan, berlari, berjalan, berlari, berjalan, berlari dan seterusnya.. Dah tu, dapat nombor tak tahu. HAHA, aku dapat sumbangkan 1 mata je dekat rumah Syed Nasir. Itu pun, kalah gak. Syed Nasir dapat nombor 6 daripada 8 rumah sukan, huhu.. OK ke?

Adoyai! Dah gitu, balik rumah, tidur sekejap. Dapat r rehatkan badan sekejap. Dah gitu,kena bangun and mandi and pergi sembahyang Jumaat. Fuh! Nasib baik mata nie steady je masa dengar khutbah. Yang jemaah lain, tidur je ada r. Khatib cakap Assalamualaikum dengan lantang dan kuat, maka, bangun r jemaah-jemaah yang sedang nyenyak tidur tu. Cewah, BM tak boleh blah. Ala, itu pun, diorang sambung tidur balik.

Orang lain penat gak, tapi takde r sampai penat, tidur sepanjang masa khutbah tu. Betul tak? BetulBetulBetul.. Hee.. Best gak kan lagu Nobody - Wonder Girls. Siapa-siapa nak lagu nie, minta dengan aku via YM - aqmar_ismail@yahoo.com .. Promote je, hee :D

OK r, story-mory sampai sini jelah ye.. Penat nak taip panjang2. Esok kena sekolah? What!?! Pape je r sekolah. OK, bye and take care and ASSALAMUALAIKUM....

No comments: