-->

Saturday, January 30, 2010

(: dah lama tak update :)

Sorry guys sebab aku dah lama tak update blog nie. Bukan aku tak nak update, cuma takde cerita yang gempak gitu! Lagi pun, aku busy dengan latihan rumah sukan, penat pulak tu! OK3, mari kita mulakan membaca dengan membaca Basmallah dulu ..

Bismillahirrahmanirrahim..

Fuh! Latihan rumah sukan minggu lepas cikgu buat sekali je. Maksud aku, satu rumah sukan, satu hari je latihan. Rumah sukan Syed Nasir kena hari Rabu. Pergh! Masa hari Rabu, Syed Nasir dengan Hussein Onn je ada latihan. Aku mula-mula pergi tempat kerja ayah aku and letak beg and salin pakaianlah. Dah gitu, hujan pulak! Aku suruh ayah aku hantarkan, ayah cakap, sembahyang dulu, nanti ayah hantarkan. Dah siap sembahyang, tengok cerita Tasbih Cinta dekat tempat kerja ayah aku. HAHA, kawan-kawan ayah aku jiwang doe! Tengok Tasbih Cinta lagi.

And then, ayah hantar lah. Dah sampai sekolah je, aku pergi beli makanan, dah siap makan, pergi library. Adoyai! Nak pinjam buku kena ada No.Pendaftaran dulu! What?! Lantak r. Dah gitu, blah library, pergi padang. Mula-mula, macam biasa r, warm-up! Dah gitu, lari pecut 100m. Aku dapat no.2 je, Wilson no.1. Dapat r gak lepas masa yang ditetapkan. Lepas tu, lari lompat pagar. Cikgu cakap, bolehlah aku buat. Dah tu, lompat jauh pulak, cikgu pun cakap aku boleh buat. And then, lompat tinggi. Almaklum r, aku ni atlet lompat tinggi kan. Lepas! Tak sentuh pun palang!

Dah tu, balik! Bosan..

Hari semalam, Jumaat, best doe! Cikgu bagi merit siapa yang berkabung. Terima kasih cikgu!

Hari nie, Sabtu, ayah ajak pergi sarapan. Dah pergi sarapan, ayah bawa pergi Summit main bowling. Tapi, ada tournament. Pergi BP Mall, boleh main! Dah main, reputasi aku teruk sedikit. Tapi takde r teruk sangat. Aku tak dapat concentrate sebab ramai sangat budak-budak High School Batu Pahat (amik kau!) pergi main bowling. Main 4 game je. Dah gitu, balik, pergi rumah atuk aku. Aunty cakap, tak payah balik. Tapi aku nak balik gak, hee :D Anak sedara apa r nie.

Pastu dah balik terus online! F**k r internet, aku tengah download lagu, nak disconnect gak masa tu. Siot! Dah tak dapat nak download! SiotSiotSiot!

OK r, sampai sini je. Bye and salam ..


Saturday, January 9, 2010

Wind Chill ;)


Yeah! Baru je tengok movie ni at AXN (701), BestBestBest! Tapi aku benci ending movie ni. Nak tahu sebab pe aku benci, korang tengok r sendiri. Tak pun, tengok dekat YouTube, click here! Fuh! Tengok, jangan tak tengok. Hee :D

Peh! Homework belum siap lagi doe! Nak buat, macam malas je. Ye r, banyak sangat nak kena buat. Kalau lah korang buat study group, aku dah join punya. Almaklum lah, homework nye dah r memeningkan kepala aku buat masa sekarang nie. Sekarang, buat yang senang dulu lah ye. Buat Geografi dulu, and then Sejarah, and then baru buat Mathematics! OMG! Math?! Hee :D

Nak kata benci Math, tak benci sangat. Cuma Math ni, ada pening sikit r. Ye r, kena kira-kira. Mana tak pening kepala. Nasib baik PMR boleh guna kalkulator. Kalau tak, tak tahu dah nak cakap pe. Memang sah r failed! Tak pun, tak cukup masa nak selesaikan. Tapi, kalau dah pandai buat jalan kerja tu, semakin syok ada r. Entah r apa kuasa Math ni sampai orang boleh syok.

Yeah! Sekarang aku dah boleh ikut sikit-sikit Sejarah. Kalau macam dulu, jangan harap r nak faham. Sekarang ada r faham gak Sejarah nie. Geografi, aku dah pandai macam mana nak kira Bearing Sudutan! Tahun lepas belajar, jangan harap r aku nak tahu macam mana kira Bearing. Entah r, mungkin cikgu yang ajar kurang jelas aku ni yang tak tumpukan perhatian. Hee :D

Mahu cerita pe lagi sama korang? Hee :D Dah takde cerita r nak cerita dekat korang. Haa, apa-apa pun, jom tengok sama-sama cerita Wind Chill at YouTube ni. Hmm, OK! Bye and Salam..

Friday, January 8, 2010

Disaster Date! (MTV)


My favourite TV show! Huhu, adakah korang menonton Disaster Date pada pukul 11malam pada hari Isnin-Jumaat? Ala, membazir je aku tanya korang semua. Korang mesti dah tidur kan? KanKanKan? Haha, wow! dah lama tak online and memang bertambah sengal internet ni.

Korang bayangkan, hari pertama sekolah takde perhimpunan? What? Apsal r takde perhimpunan haa? Baru je nak lepas belajar Math bersama Cikgu Tee. Dah r bagi homework berlambak! Hari pertama sekolah? Nothing special. Bosan korang tahu. Cikgu yang ajar kitorang, takde garang mana pun. Diorang sporting r gak. Nasib baik. Cikgu semua sememangnya baik. Tapi nak bagi "hadiah" kat kitorang tu, agak-agak r cikgu. Takkan hari pertama dah berlambak cikgu bagi "hadiah" kat kitorang kan? Hee :D

Lepas tu, hari kedua, selamat beb belajar Math sebab ada mesyuarat rumah sukan. Siot je! Hari Rabu dah start latihan rumah sukan? Cikgu! Relax-relax r nak latihan tu. Kitorang baru je naik sekolah. Dah tu plak, rumah sukan SYED NASIR plak tu hari Rabu. Haish! Nasib baik r takde banyak latihan masa hari Rabu hari tu. Cuma LOMPAT TINGGI and LARI KELILING SEKOLAH 2KALI. HAHA, takpe r. Janji penat sikit cukup sudah.

Lepas tu, hari Khamis relax aja. Tapi homework bertambah doe. Math 3 mukasurat dalam buku teks and 1 mukasurat tu ada 8soalan. 1 soalan tu ada anak-anak nye. Contoh :
8.(a)....
(b)....
(c)....
Haa, korang bayangkan? Adoyai! Geografi pun ada gak. Banyak gak homework nya. Tapi boleh fotostat. Sejarah pun ada gak. Fotostat jugak. Haish! Bila r nak PMR? Lambat nye r. Hari ni, Jumaat, kena ulas cerita Kanang. Cikgu, baca tak boleh ke haa? Saya gugup bila nak cakap ngan cikgu tahu? Hee :D

Yeah! Malam tadi, ayah ajak main bowling lagi? Yeah, memang betul. Bowling lagi. 4 games, semua game ayah menang. Tapi pencapaian aku agak memberangsangkan bila main game yang ke-4. HAHA :)) OK r, BlahBlahBlah sampai sini saja! Bye and salam..

Sunday, January 3, 2010

Last Day Holiday & Last Day Online :((


Sobsobsobs.. Bye my MySpace, Facebook, Twitter, and Blogger. Malam ni, ayah sudah amik broadband. Bye bye broadband. Ayah cakap, ayah bagi broadband ni guna sehari dalam seminggu je. Nasib aku sudah. Nak buat camne, dah PMR. Kena berkorban sikit. Lepas PMR, enjoy r! Betul tak kawan-kawan? HAHA .. Nasib baik ayah tak ambik henfon. Nanti dah nak dekat PMR, ayah and ibu simpankan henfon Amai boleh? HAHA..

Korang-korang, aku takut r nak naik sekolah ni. Beza rasanya. Macam nervous ada, takut ada, seram ada. Tak tahu r kenapa rasa macam-macam. Mungkin takut nak PMR, belajar dengan cikgu-cikgu yang garang, hee.. Takut ni, semua cikgu yang ajar 3 Gaharu garang-garang doe! Harap-harap takde r maki hamun dalam kelas tu nanti.

OK r, takde apa-apa nak cerita. Hmm, kalau sempat, aku update blog ni k? Hee.. Bye and salam..

Friday, January 1, 2010

Happy New Year !


Wow! Penat nak mencari poster Happy New Year 2010. Guys ! Happy New Year 2010 and goodbye to 2009 ! Hope korang ada azam yang boleh dilaksanakan. Jangan benda-benda merepek pulak korang azamkan. Memang sah r tak dapat laksanakan azam tu.

Yeah! Tadi pergi sekolah jumpa kawan-kawan. Peh! Semua nak pakai baju sekolah eh. Nasib baik r ada yang pakai baju T-shirt High School. OMG! Korang nak tahu, HSBP dah tambah rumah sukan. Cikgu-cikgu, takde rumah sukan lain ke saya haa? Boleh pulak r cikgu letak saya dalam rumah sukan SYED NASIR ? Kalau korang tengok warna Syed Nasir tu, korang tahu r warna apa Syed Nasir tu. Hehehe, takpe r cikgu. Saya terima je rumah sukan ni. Lagi pun, rumah sukan baru ni, fresh lagi. Suci je lagi. So, OK r tu, saya dapat rumah sukan ni.

Pagi tadi, macam biasa, ayah membebel sebab bangun lambat. Dah tu, membebel lagi sebab aku mandi lambat, hehe.. Dah tu, pergi sekolah tengok budak-budak pakai baju sekolah and T-shirt sekolah. Lepas tu, pegi perhimpunan and cikgu berucap punya panjang. Adoyai! And then, cikgu cakap tiada pertukaran kelas. Kitorang still 3 Gaharu (kelas paling nakal, agaknya), guru kelas still lagi Cikgu Rasyidah. Bad mood jelah cikgu ajar kitorang nanti. Haha, cikgu sudah lantik ketua and penolong sendiri. Sebab cikgu dah kenal kitorang. Yeah! Ini carta organisasi kelas kitorang :

Ketua: Muhammad Afnan Aiman
Penolong: Dick Chiam Shiun Wee
Setiausaha: Muhammad Helmy
Bendahari: Tang Chuin Han

Bagi tahu yang jawatan yang peting dalam kelas je. Tak payah nak detail-detail lagi, HAHA. Membazir masa aku je nak tulis panjang-panjang. Lepas tu, borak-borak dalam kelas, cikgu cakap, dah boleh pergi rehat. Mula-mula pergi koperasi tengok rumah sukan, and then pergi kantin makan Nasi Lemak. HAHA, kantin HSBP sudah maju doe! Sekarang air bancuh guna mesin je. Ala, macam KFC tu, air dalam mesin and picit je. Mudah kan? HAHA..

Nak bagi tahu pe lagi? Tak ada cerita nak ceritakan dekat korang r. Ini pun, korang cam r tahu URL blog ni dah ditukar. OK lah, malas nak BLAH BLAH BLAH panjang-panjang. OK, bye and salam.

HAPPY NEW YEAR 2010!